Sering saya ulang ayat itu.Menjadi penawar duka di Hati.Kadangkala kita rasa kecewa bukan ditemukan dengan orang yang salah.Hati kita merasa sangat susah.Tetapi Allah telah menjanjikan selepas kesusahan pasti datang kemudahan.Selepas kekecewaan pasti datang kebahagiaan. Iman mengajar kita untuk menjadi manusia yang positif.Saya petik sedikit tulisan dari blog saya yang dah berkurun di post. Tak sangka saya pernah publish nasihat ini.Mungkin ada yang saya copy tapi tidak jumpa dimana sumbernya.
Wahai temanku,
Disaat Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?
Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
Wahai saudaraku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?Fullstop.
renung-renungkan kembali..jangan sampai kekecewaan mu menjadikan dirimu lebih hina lagi di mata Tuhan.Sebaliknya berhijrahlah untuk mencintai Allah dulu dan berkahwinlah atas nama Allah.CINTA itu hanya ALAT sedang ALLAH itu adalah MATLAMAT..!!
Saturday, 23 June 2012
LOVE is MIRACLE but the ONE who creates LOVE is the MOST MIRACLE.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment