Tegakkan
ketuanan Islam
Soal bangsa boleh diperjuangkan tetapi
tidak dengan semangat perkauman tetapi atas semangat agama yang penuh
toleransi dan saling menghormati antara agama dan bangsa .
Agama
Islam mengizinkan kita kasihkan bangsa tetapi tidak menghela kepada
semangat perkauman sehingga bersikap prejudis terhadap kaum bangsa lain.
Justeru itu, Ketuanan Islam wajar diperjuangkan. Islam selamat maka
bangsa akan selamat.
Islam adalah agama yang tidak meletakkan
warna kulit dan bahasa lidah sebagai kualiti dalam sistem nilainya,
tetapi merujuk kepada taqwa dan ketundukkannya kepada Allah Tuhan yang
mencipta alam ini.
Dalam khutbah al wada' (dari Jabir bin
Abdullah rha.) Nabi saw. pernah bersabda :
Maksudnya: Wahai
manusia ! Ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu . Sesungguhnya
bapa kamu adalah satu . Ketahuilah ! Tiada kelebihan bagi Arab mengatasi
bukan Arab dan tiada ( kelebihan ) bukan Arab mengatasi Arab dan
demikian tiada (kelebihan) sikulit hitam mengatasi sikulit merah dan
tiada (kelebihan) sikulit merah mengatasi sikulit hitam kecuali dengan
TAQWA . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi
Allah ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu.
Al
Bukhari Jilid 1 . M/s 131 : Hadis no : 1652
Demikian membawa
maksud yang sama, Allah berfirman di dalam surah al Hujurat ayat 13
bahawa Ia mencipta manusia yang terdiri dari kalangan lelaki dan
perempuan malah berpuak - puak dengan pelbagai suku kaum untuk mereka
saling kenal mengenal (berinteraksi dan bekerjasama) antara satu sama
lain dan kemuliaan melalui sistem nilai Ilahi ialah kepada mereka yang
paling bertaqwa kepadanya .
Islam membatasi isu perkauman dan
sangat menghormatinya malah Islam telah menetapkan dasar tidak
sekali - kali boleh kita memaksa orang lain memeluk ajaran Islam
termasuklah menghina tuhan-tuhan mereka .
Ini sebahagian
adab dan prinsip Islam yang berjaya meletakkan Islam sebagai sebuah
agama yang sesuai untuk semua dan sangat toleransi dengan semua kecuali
terhadap mereka yang menghina dan memeranginya.
Alhamdulillah,
perkembangan semasa hari ini memperlihatkan sedikit demi sedikit tembok
perkauman ini runtuh dan ia membuka ruang yang lebar untuk semua pihak
menilai Islam dari dekat tanpa sebarang halangan besar .
Sekurang-kurangnya
mereka akan memahami bahawa apa yang dilontar oleh barat selama ini
adalah tidak lebih sekadar satu tohmahan jahat dan liar terhadap Islam .
Islam
sebenarnya tidak asing kepada semua bangsa dalam negara kita.
Islam terlebih dahulu sampai ke negera China berbanding Malaysia
demikian juga India yang lebih awal menerima kemasukan Islam ke negara
mereka. Melayu ternyata jauh lebih lewat menerima Islam berbanding China
dan India.
Islam mengajar elemen yang suci dan baik serta
menghormati perbezaan agama dan budaya. Lantaran itu Islam andai diberi
peluang, mampu meletakkan negara yang pelbagai kaum ini berada dalam
satu hubungan raya antara kaum dan bangsa yang harmonis dan selamat.
Tiada siapa yang akan dinafikan haq apalagi disakiti oleh pemimpinnya
tanpa haq.
Lihat sajalah kepada 2 prinsip dan dasar
kepimpinan Islam dalam isu hubungan antara kaum dan hak persamaan mereka
dalam sebuah negara Islam, sebagai contoh :
Pertama
: Kenyataan Saidina Abu Bakar As- Siddiq pada hari beliau
dibaiah atau dilantik menjadi Ketua Pemerintah :
Sesungguhnya
aku dilantik menjadi pemimpin kamu sedang aku bukanlah yang terbaik
dikalanmgan kamu. Justeru itu, jika berlaku adil maka bantulah aku dan
jika aku menyeleweng maka perbetulkan aku. Benar adalah amanah dan
bohong adalah khianat. Orang kuat pada kamu adalah lemah padaku sehingga
aku boleh mengambil suatu yang hak daripadanya sementara orang lemah
pada kamu adalah kuat padaku sehingga aku mengembalikan haknya.
Kedua
: Dapat dilihat melalui sikap Nabi saw. terhadap non muslim
yang sedia berada dibawah pemerintahan Islam yang disebut sebagai kafir
zimmi . :
Barang siapa yang menyakiti bukan muslim yang berada
di bawah pemerintahan Islam (zimmi) maka ia telah menyakiti diriku

No comments:
Post a Comment